Sihat



Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
■Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
■Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
■Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
■60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
■Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
■Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
■Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
■30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
■90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.


Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:


Fakta sepintas lalu
■Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
■Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
■30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
■Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
■Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
■Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
■Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.


Perspektif
i.Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
ii.Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
iii.Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
iv.Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.


Tabiat merokok adalah satu penagihan


Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.


Objektif


i.Merangka kempen komunikasi secara berkesan yang menggerakkan seluruh negara ke arah bebas rokok
ii.Menggesa masyarakat untuk berhenti merokok
iii.Mencegah kelompok remaja dan wanita supaya tidak memulakan tabiat merokok


Strategi


Menggerakkan seluruh negara untuk memerangani masalah ketagihan rokok
•Kempen ini akan memfokus kepada menyalurkan maklumat tentang ancaman dan bahaya merokok serta kesannya kepada kesejahteraan rakyat
Membina satu masyarakat baru yang berpengetahuan yang tidak merokok
■Langkah jangka panjang ini perlu dirangka dalam kadar yang segera. Remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok

Lanjut artikel :
http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php



9 Facts About Smoking


Fact 1
According to the Malaysian Council for Tobacco Control (2005), 25% of all deaths in Malaysia are due to cigarettes smoking, with smoking-related deaths comprising three out of five top killers in Malaysia.


Fact 2
The total number of smokers increased slightly from 2001 to 2007, with 49.87% of males being smokers in
2007, although there was a drop in female smokers between 2006 and 2007 from 18.88% to 18.26%. (1)


Fact 3
A twenty-a-day smoker, aged 30, who started smoking at around 16 has already breathed a kilo of tar into their lungs.


Fact 4
Tobacco smoke contains over 4,000 chemicals, many of which are highly toxic and over 40 of which are known to cause cancer. There is no safe 'low tar' cigarette and no safe level of smoking.


Fact 5
Male smokers may produce less sperm and their sperm may have more abnormalities than non-smokers. Women who smoke are more likely to have a miscarriage (2). Several studies have found that women who smoke have decreased fertility. Of these, one study has found that smokers have about 72% of the fertility of non-smokers (3).

Fact 6
A smoker is 10 times more likely to develop lung cancer. Heavy smokers are 15 to 25 times more at risk than non-smokers (4). 85% of all male cases and 77% of female cases of lung cancer are related to smoking (5).


Fact 7
Smoking reduces life expectancy by 7 - 8 years. That means, each cigarette shortens the life of the smoker by around 8 minutes.


Fact 8
Women smokers who use the pill increase their risk of a heart attack, stroke, and other cardiovascular diseases by about ten times (6).

Fact 9
Over 57, 000 reports worldwide have examined the link between cigarette smoking and disease, making it the most researched cause of disease ever investigated in the history of Biomedical Research (7).

No comments:

Post a Comment