Ekonomi


Kenapa semua orang PERLU menyimpan emas
Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.




Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Lanjut artikel pelaburan emas layari:
http://emas999.wordpress.com/



Dinar Emas Agen dan Strategi Penyatuan Umat Islam

Oleh;
Prof. Madya Dr. Zuhaimy Hj. Ismail
Jabatan Matematik Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia


Hampir semua peperangan dan kekacauan yang berlaku sekarang ini ada melibatkan orang Islam. Umat Islam dibunuh dengan kejamnya di Bosnia di depan mata kuasa dunia, di Chechnya umat Islam diburu dan dibunuh, di Afghanistan umat Islam dilagakan untuk berbunuh sesama sendiri. Kini hampir seluruh umat Islam di dunia kini merasakan mereka ditindas dan dipermainkan oleh Amerika Syarikat dan koncu-koncunya.


Perkosaan bumi Pelestian dan Iraq dengan pembunuhan yang mencecah beratus-ratus orang tidak kira bayi atau orang tua. Kekejaman ini tidak lagi mendapat perhatian mana-mana pihak. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang seharusnya memasti keamaan di ketepikan dan dianggap seolah-olah sudah tidak relevan lagi. PBB ditubuhkan dengan objektifnya hanyalah untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang Yahudi di Eropah.


Dalam tahun 1948, PBB telah mengambil tanah bumi Pelestin bumi umat Islam dan mencampakkan manusia bermasalah di Eropah itu ke sana, selepas itu kita dapati PBB tidak relevan lagi. Statistik atau rekod kegagalan PBB bertambah satu demi satu - kegagalan PBB di Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Kashmir, Indonesia dan banyak lagi. Dunia kini merasakan kuasa barat yang diketuai AS telah membawa dunia kepada kancah peperangan (pepertual warfare) dengan penaklukan Afghanistan, Iraq dan memerangi penganas Taleban dan Al-Qaedah.


Atas nama memerangi pengganas, akaun simpanan sesebuah negara atau pertubuhan akan dibekukan sekiranya ada sahaja tuduhan bahawa kononya terdapat wang yang memasuki atau mengalir keluar dari akaun yang mereka sangsi. Sesungguhnya hipokrasi ditahap tertinggi sedang di amalkan oleh Amerika Syarikat dan koncu-konconya. Sekiranya umat Islam terus bergantung kepada AS, kita seolah-olah menyerahkan leher kita untuk disembelih. Umat Islam mesti mencari jalan untuk bersatu. Selagi umat Islam mengharapkan pertolongan selain daripada Allah s.w.t. dan sesama umat Islam selagi itulah kita akan di perbodohkan. Kita umat Islam di Malaysia mampu memulakannya – mengetuai OIC dan kearah menggunakan dinar emas dan dirham perak bagi perdagangan antara umat Islam. Semua yang berlaku sekarang ini semuanya di atas restu Allah s.w.t dan tidak boleh diambil ringan.


Malaysia selaku ketua negara-negara Islam telah mengambil inisiatif untuk menyedarkan dunia bahawa kezaliman Yahudi di Pelestian dan keganasan di Iraq tidak boleh diteruskan. Malaysia selaku tuan rumah telah memanggil mesyuarat negara OIC untuk membincangkan isu di Pelestin dan Iraq pada 19 April 2004 di Putra Jaya. Mesyauarat ini telah berjaya mengeluarkan dua deklarasi mengenai Iraq dan Pelestin. Cuma agak mendukacitakan hanyalah bilangan negara yang turut serta dalam persidangan ini hanyalah sebanyak 13 negara daripada 52 negara OIC (25% kehadiran sahaja).


Apakah isu kesengsaraan rakyaat Pelestin dan Iraq tidak penting bagi umat Islam dari negara lain? Apakah umat Islam tidak boleh bersatu? Apakah isu masjidilaqsa bukan isu agama? Mungkin juga isu umat tertindas sudah menjadi sesuatu yang sudah lapok!
Apakah kita sudah tidak kesah dengan kezaliman tentera Israel yang menggunakan peluru getah dengan sengaja menghalakan tembakan dan membutakan satu atau kedua-dua mata kanak-kanak Pelestian antara usia enam bulan ke lima belas tahun. Tahukah kita hospital di Pelestin sudah kehabisan mata palsu. Lebih dahsyat lagi mereka terpaksa menghantar kanak-kanak untuk bertempur dengan tentera Israel dengan membaling batu. Yang lelaki lain pula menggantungkan bom dan meletupkan diri dan membunuh wanita dan kanak-kanak Israel. Ke mana hala tuju umat Islam?


Kesengsaraan dan kekalahan umat Islam yang belaku berkurun-kurun lamanya telah membuka satu era yang penuh dengan azam untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi di Baghdad, Andulusia dan Istanbul. Masalah yang dihadapi oleh umat Islam sejak seratus tahun yang lalu sering dilihat dalam bentuk Islam tradisi (Islam awal) dan Islam di zaman moden. Jika kita mengambil pendirian kepada Islam asal yang mengikut tradisi awal, kita akan di labelkan sebagai kolot dan tidak mengikut perkembangan zaman dan cuba untuk membawa umat Islam ke zaman silam dan mundur. Jika kita menyokong pemodenan, ini bermakna kita menerima sistem demokrasi yang diwakili parti politik, dewan persidangan dan parlimen, kenegaraan dan institusi mega yang terkandung dalam se sebuah negara.


Masalah yang timbul akan dikategorikan sebagai masalah politik dan kita akan meniru cara orang barat mengatasi masalah kita. Kesan mengikuti kaedah barat adalah kita akan menentang kepimpinan dengan alasan untuk mendapat kebebasan bersuara dan sejarah menunjukkan pejuang Islam di Mesir menentang Saddam, di Syria menentang Assad dan seterusnya. Negara seperti Bosnia, Algeria dan Kashmir mengharapkan kemerdekaan, tetapi apabila Iran memperolehi kemerdekaan kita dapati negara itu dijadikan sebuah republik, mereka menubuhkan sebuah pemerintah berparlimen, mengubah nama polis perisikan, mencetak wang kertas, menubuhkan bank pusat yang seiring dengan Bank Dunia dan IMF, meneruskan penyeksaan banduan dan menghantar duta ke PBB. Paten inilah yang diikuti diseluruh dunia. Umat Islam mahukan penyatuan dan mahukan agen penyatuan bukan dengan meniru cara barat dan mengubah nama sahaja.


Untuk menamatkan kesengsaraan dan pengaiban umat Islam kita mungkin dan dirasakan tidak memerlukan jihad dalam bentuk jihad tradisi (ini hanyalah suatu pendapat sendiri) tetapi harus berjuang untuk terus mentaati Allah s.w.t., menegakkan kembali zakat - rukun Islam yang roboh, penghapusan riba, mengadakan sistem matawang yang berteraskan dinar dan dirham untuk umat Islam, mengembalikan pasar di mana umat Islam boleh berdagang dengan menggunakan wang dinar emas dan dirham perak. Semua ini akan secara beransur-ansur membebaskan umat Islam daripada bergantung kepada sistem ekonomi berteraskan riba. Kita umat Islam harus tahu bahawa wang kertas AS dan mana-mana wang kertas di dunia ini tidak lagi disandarkan dengan emas. Wang kertas tidak ada nilai intrinsik.


Isu penyatuan umat Islam adalah agenda utama sekarang ini. Negara-negara Eropah mula membuat penyatuan bangsa-bangsa Eropah melalui pengenalan dolar Euro. Proses untuk mengadakan dolar Euro ini mengambil masa lebih daripada 15 tahun, iaitu proses untuk menyatukan ekonomi negara yang berbagai etnik, agama dan adat. Pada 2 januari 2001, Eropah mempunyai matawangnya sendiri. Bangsa Eropah telah boleh bersatu dengan menggunakan satu unit matawang kertas tanpa sandaran sebagai agen pertukaran. Umat Islam juga perlu bersatu di bawah matawangnya sendiri yang jauh lebih mantap daripada apa yang digunakan di Eropah. Dolar Euro walaupun tidak serupa dengan dolar Amerika, tetapi kedua-duanya sama iaitu wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik.


Manakala dinar emas adalah matawang yang berasakan kepada emas tulin 22 karat seberat 4.25 gram setiap dinar. Umat Islam tidak perlu mengambil masa selama 15 tahun untuk memperkenalkan dinar emas kerana semua manusia tahu akan nilai yang ada pada emas. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia memang mengetahui tentang bernilainya logam yang dinamakan emas dan pemantapan kesatuan bangsa di Malaysia boleh dilakukan dengan penggunaan dinar emas. Di Dubai sebuah pasar telah ditubuhkan oleh pihak pemerintah di mana pengunjung boleh mendapatkan dinar emas dari wakala di luar pasar dan menggunakannya di dalam pasar itu. Sekiranya ini telah berlaku di negara itu, negara kita juga boleh dimemulakan. Mungkin dilakukan secara kecilan dahulu misalnya di pasar-pasar peladang dengan infrastruktur yng telah ada.


Umat Islam tidak mungkin dapat bersatu dengan menggunakan pendekatan politik. Di Indonesia sahaja terdapat berpuluh-puluh parti politik dan masing-masing mengatakan pegangan mereka benar. Umat Islam tidak dapat bersatu di atas nama bangsa dan etnik komuniti kerana perbezaannya begitu besar atau terlalu banyak. Tetapi kita tahu bahawa semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain dan manusia perlu berdagang, mendapatkan perkhidmatan dan pertukaran hasil yang diusahakan. Ekonomi baru diperlukan dimana hasil yang diusahakan ditukar dengan barang yang bernilai juga dan bukan dengan wang kertas janji sahaja.


Wang dollar Amerika atau dollar Euro tidak mempunyai nilai jika dunia menyatakan tidak mahu lagi dolar AS. Pemilik wang kertas dolar AS tidak mengikuti (mengekori) wang kertas dan pemilikan tidak mengikuti wang kertas sama ada jarak atau masa. Disebaliknya dinar emas dan dirham perak masih mempunyai nilai wlaupun setelah dicairkan atau dipindahkan ke luar negara. Kita tidak boleh katalah yang sama dengan wang kertas Rupiah. Wang Rupiah tidak laku di German, di Perancis dan London.


Tahukah kita semua bahawa Bank Dunia dan IMF adalah pendokong wang kertas dolar AS. Sesungguhnya telah tercatat dalam carta (Charters) Bank Dunia dan IMF) dan dalam semua perjanjian telah menetapkan bahawa segala urusan perdagangan tidak boleh menggunakan emas. Mengapa perkara kembalinya kepada penggunaan dinar emas sangat ditakuti sehinggakan perlu dicatat dengan jelas dalam charter kedua intitusi perbankan dunia ini. Apa yang mereka mahu selindungi? Umat Islam harus tahu perkara ini. Umat manusia semuanya tertipu dengan wang kertas yang dicetak tanpa sebarang sandaran.


Cuba kita masyarakat di Malaysia (dinar emas bukan milik umat Islam sahaja) ini mengambil langkah untuk menyimpan setengah dinar setiap bulan. Jika ada 10 juta rakyat Malaysia yang membeli emas, jadi jumlah dinar yang diperlukan adalah 5juta diperlukan untuk menempa dinar emas oleh Malaysia setiap bulan. Ini bersamaan dengan 21,250,000 gram emas diperlukan setiap bulan atau 255,000,000 gram setiap tahun. Jika ini diulang di beberapa buah negara OIC, kita dapati permintaan emas akan terus meningkat dan harga emas mengikut ukuran dolar akan terus meningkat.


Kuasa membeli wang dolar AS akan menyusut dan pada waktu itu kita akan dapati mereka memerlukan lebih banyak kertas untuk membeli minyak kelapa sawit, getah dan kereta yang dikeluarkan dari negara ini. Jika harga emas tidak di kawal harganya oleh lima agensi yang menetapkan harga emas dunia sekarang ini, sudah tentu harganya dalam dolar AS akan terus meningkat.


Sebenarnya emas 4.25gram tetap tidak berubah tetapi kuasa membeli dolar AS akan terus menyusut. Yang berhormat Datuk Shaykh Noh bin Gadut, Mufti Negeri Johor pernah menyarankan supaya umat Islam di Malaysia ini menyimpan 20 dinar emas di setiap rumah dan mengeluarkan setengah dinar setelah cukup haulnya. Ini cadangan yang amat baik.


Jika kita umat Islam memulakan pembayaran zakat menggunakan dinar emas, hantaran masa kahwin menggunakan emas, simpanan untuk naik haji juga disimpan dalam dinar emas dan memberi hadiah hari jadi kepada isteri juga dinar emas, sudah tentu kita akan dapati kekayaan sebenar akan berada di tangan umat Islam. Kalau kita tidak melakukan usaha ini - siapa lagi? Jadi umat Islam boleh menggunakan dinar emas sebagai agen dan strategi penyatuan ummah.


Negara-negara Islam selalu di manipulasikan matawang dan sistem ekonomi mereka dipinjam dari barat. Sudah pasti sistem ekonomi yang mereka reka dan amalkan, mudah sahaja ditipu helah dan dimanipulasikan demi memastikan komoditi dari negara dunia ketiga terus mengalir bagi memastikan standard penghidupan mereka di barat terus tinggi. Dinar emas boleh menyatukan umat Islam dan digunakan sebagai penghalang daripada aktiviti serangan ekonomi yang pernah kita alami.


Secara strateginya umat Islam melalui OIC boleh memulakan penggunaan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa antara dua atau tiga negara. Walaupun kita dengar cerita mengenai Malaysia dan Iran sudah mula menjalankan perdagangan menggunakan dinar emas sebagai pembayaranya, tetapi sejauh mana kejayaan atau kegagalanya diberitakan. Malaysia mengharapkan negara OIC dan yang lain dapat menggunakan dinar emas dalam perdagangan dua hala bagi meningkatkan lagi perdagangan antara negara-negara Islam.


Apabila ini berlaku, umat Islam tidak lagi bergantung kepada dolar AS yang tidak bernilai dan tidak stabil ini. Malaysia mengharapkan supaya penggunaan dinar ini menjadi amalan perdagangan antara negara-negara OIC dan umat Islam mengunakan dinar emas untuk membayar zakat, menyimpannya sebagai harta, menggunakannya sebagai hadiah dan sebagainya.


Kita mesti berjuang untuk terus membuat perubahan dari wang kertas ilusi kepada dinar emas yang bernilai intrinsik. Untuk mengubahkan norma penggunaan wang kertas kepada dinar tidak sukar. Yang menjadi sukar adalah kerana kita menyatakan bahawa menggunakan dinar emas itu sukar. Sesuatu perubahan itu memerlukan pengorbanan dan kecekalan, apa yang kita gunakan sekarang ini adalah suatu tabiat atau habit. Dulunya kita gunakan dinar emas, kini setelah sekian lama dipaksa menggunakan wang kertas ke atas kita lama kelamaan ianya menjadi satu tabiat.


Penggunaan dinar emas pada mulanya akan nampak janggal tetapi setelah ianya diterima dan digunakan oleh masyarakat umum, dinar emas pula akan menjadi perkara biasa dan wang kertas menjadi janggal. Sesungguhnya penggunaan wang kertas yang janggal iaitu kita menukar sesuatu yang bernilai dengan sesuatu yang tidak ada nilai intrinsik. Peluh kita di bayar dengan kertas yang tidak mampu menyimpan nilai mengikut masa.


Di Malaysia terdapat beberapa institusi kewangan yang berusaha untuk mengembalikan dinar emas dan dirham perak. Setiap institusi beroperasi secara bebas antara satu sama lain. Walau bagaimanapun dinar emas dan dirham perak boleh dijadikan agen penyatuan umat Islam. Kesukaran melakukan perubahan daripada penggunaan wang kertas kepada dinar emas adalah disebabkan ramai diantara kita umat Islam berpegang kepada cara pemikiran atau teori ekonomi barat. Pendidikan barat yang kita terima sering mempengaruhi cara kita berfikir, iaitu suatu pemikiran yang agak rejid mengikut struktur permikiran berlandaskan konsep tesis dan anti tesis.


Untuk menukar kepada penggunaan dinar emas kita terbawa memikirkan tentang logik cukup atau tidaknya emas, emas berat untuk dibawa atau AS akan merosakkan sistem yang akan dibangunkan. Kita harus memikirkan cara pengenalan yang boleh melepaskan daripada terus dimanipulasikan oleh sistem ekonomi yang berteraskan riba. Kita umat Islam mesti menggantikan sistem riba dengan sistem yang pernah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabah dan mengelak diri kita dan umat kita daripada diperangi Allah dan RasulNya terhadap pengamal riba. Di atas kesedaran ini umat Islam boleh mengambil langkah stretegi untuk mengembalikan penggunaan dinar emas.

PELABURAN EMAS
Jika ANDA berminat membuat pelaburan emas saya syorkan bank KUWAIT FINANCE terdapat di MALAYSIA
Ianya pelaburan yang mendatangkan PROFIT untuk jangkamasa yang panjang kerana harga emas sentiasa meningkat setahun ke setahun.Ianya juga ianya berlandaskan SYARIAH.

Gold Account-i

Gold... Your Gateway to Diversified Investments
With KFH Gold Account-i, you can conveniently invest and trade in Gold. This account allows you to track and plan your investments wisely as trades are recorded in your account statement.
Make the right choice and talk to us today. We can help you plan your investments


Product Features and Benefits

•Own and trade in Gold without the necessity to hold on to the physical commodity
Make the most of commodity price fluctuations with the peace of mind that you have the option to not hold on to the physical commodity.
•Ease of purchase


Deposit or purchase can be arranged via a direct debit transaction from your KFH Savings Account-i or KFH Current Account-i.
•Affordable initial deposit
Open an account with an initial deposit or purchase of 10 grams of Gold.
•Withdrawal or sell at the Bank's purchase price of gold
The amount of withdrawal is equivalent to the amount of gold sold based on the Bank's buying price for gold.


Eligibility
•Personal Account holders must be 18 years, or above.
•Non-personal account holders such as companies, associations, clubs, societies, professionals and government agencies.
•Minimum deposit:
■Personal Account Holders
Initial deposit, or purchase of 10 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)
■Non- Personal Account Holders
Initial deposit, or purchase of 50 grams of Gold, with subsequent purchase or deposit of 5 grams each. (Deposit or purchase can only be in multiples of 1 gram)


Types of Account
•Personal Account
•Non-personal Account


Terms and Conditions
Subject to terms and conditions. The bank reserves the right to review and change the above features and benefits, as it deems necessary.

http://www.kfhonline.com.my 

UNIT AMANAH
Pelaburan UNIT AMANAH untuk masa depan
Published January 7, 2008 Financial freedom , Islamic investment , Public Mutual , Unit Amanah , Unit trust


MULAKAN LANGKAH SEKARANG JUGA UNTUK MERUBAH MASA DEPAN ANDA
NASIB ANDA TIDAK AKAN BERUBAH JIKA ANDA SENDIRI TIDAK MENGUBAHNYA
MENGIKUT KAJIAN SELEPAS BERSARA PADA UMUR 55 TAHUN :-
i) HANYA 1 % SAHAJA MENJADI JUTAWAN
ii) HANYA 5 % HIDUP MEWAH
iii) 34 % PESARA MEMPUNYAI WANG YANG HANYA CUKUP UNTUK HIDUP
iv) MANAKALA 60 % TERPAKSA BEKERJA LAGI UNTUK MENYARA HIDUP


ADAKAH ANDA MAHU MENGELAKKAN DIRI DARI TERGOLONG DALAM KUMPULAN 60 % ?
PELABURAN DIDALAM UNIT AMANAH MEMBERIKAN PULANGAN YANG LUMAYAN. MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA HARI.


Dimanakah anda ?

Published December 18, 2009 Pendidikan Unit Amanah
Sekiranya anda pernah melabur, sikap anda apabila melabur banyak mempengaruhi cara anda memilih, melabur dan memantau sesuatu pelaburan yang dibuat. Pernahkah terlintas di hati anda untuk mengetahui anda tergolong dalam kategori pelabur yang mana satu? Di sini, disenaraikan beberapa kategori pelabur untuk dikongsi bersama, dan juga nasihat yang boleh dipertimbangkan dalam membantu memperkukuhkan kedudukan anda sebagai pelabur.

Kategori: Pendatang Baru
Kategori ini merangkumi mereka yang baru kali pertama melabur dan kurang berpengalaman dalam hal-ehwal pelaburan. Mereka menyedari bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, mereka perlu menabung dan melabur. Ada kalanya, dalam keghairahan mereka membuat pelaburan, mereka mendapatkan panduan daripada sumber maklumat atau orang yang salah, lantaran melakukan kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan, atau lebih buruk lagi, menjadi mangsa skim pelaburan tidak sah seperti pelaburan Internet dan sebagainya.

Kategori: Pelabur Berwaspada
Mereka yang tergolong dalam kategori ini akan mengelakkan diri daripada melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi. Selalunya mereka akan berfikir panjang sebelum melabur dan mengambil masa untuk memahami sesuatu produk pelaburan tertentu. Biasanya, pelabur begini tidak mengharapkan pulangan yang tinggi dan akan melabur dalam produk pelaburan yang stabil atau menjamin pulangan serta memelihara modal pelaburan mereka.

Kategori: Kaki Judi
Pelabur yang termasuk dalam kategori ini pada dasarnya merupakan mereka yang gemar mengambil risiko tinggi. Umumnya, mereka bersedia untuk mengalami kerugian dalam pelaburan. Mereka mudah tertarik kepada “ramalan panas” dan khabar angin pasaran. Mereka memilih pelaburan tambah nilai modal dan cuba membuat keuntungan seberapa cepat yang boleh. Selalunya, mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan naluri atau “perasaan” dan bukannya maklumat yang betul. Disebabkan itu, ada kalanya sukar bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam pelaburan yang salah atau tidak sesuai dengan matlamat kewangan kerana mereka berpandukan kepada naluri semata-mata.

Kategori: Pelabur Pasif
Pelabur yang pasif biasanya percaya bahawa setelah mereka membuat sesuatu pelaburan, ejen atau remisier adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjaga pelaburan tersebut atau mereka beranggapan bahawa pelaburan tersebut akan terjaga dengan sendirinya. Pelabur sebegini selalunya jarang atau tidak pernah langsung memantau pelaburan mereka. Mereka juga tidak membaca dokumen berkaitan pelaburan yang dihantar kepada mereka, umpamanya penyata kewangan, laporan tahunan atau nota kontrak. Mereka terus-menerus tidak peduli walaupun terdapat masalah atau perkembangan terkini yang mungkin memberi kesan kepada pelaburan mereka.

Kategori: Pelabur Bijak
Mereka ini melabur berdasarkan maklumat dan bukannya emosi. Mereka menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk memantau pelaburan mereka dengan teliti. Mereka mendapatkan nasihat daripada mereka yang berlesen dan membuat keputusan pelaburan hanya setelah menimbangkan kebaikan dan keburukannya. Mereka berusaha untuk memahami ganjaran dan risiko sesuatu produk pelaburan itu dan tidak akan membiarkan pelaburan mereka tidak dipantau. Pelabur bijak seperti ini bersedia untuk menukar strategi pelaburan jika ia sudah tidak konsisten dengan matlamat dan objektif kewangan mereka.

Meningkatkan simpanan persaraan : KWSP perkenal perubahan kadar caruman dan simpanan asas

Published January 25, 2008 Financial freedom , Islamic investment , Merancang persaraan , Pelaburan , Pelaburan Islam , Public Mutual , Saham Amanah , Unit Amanah , Unit trust Leave a Comment

Peluang dan pasaran didalam unit amanah semakin besar dan berkembang, Ianya adalah sejajar dengan inspirasi kerajaan untuk membantu ahli KWSP untuk meningkatkan tabungan ahli selepas persaraan.
Kini terpulang kepada ahli KWSP untuk menzahirkan segala perancangan dan inisiatif yang diwujudkan.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan tabungan hari tua kita melalui pelaburan UNIT AMANAH.
—–Berikut adalah kenyataan akhbar dari KWSP (bertarikh: 25Jan2008)——
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan dua pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” bagi memberikan peluang kepada ahli berumur 55 tahun dan ke atas terus bekerja serta meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Berkuatkuasa 1 Februari 2008, tempoh tanggungan mencarum kepada KWSP untuk pekerja dan majikan dilanjutkan dari umur 55 tahun kepada 75 tahun. Selain itu, ahli perlu mempunyai amaun minimum Simpanan Asas mengikut tahap umur bagi membantu ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mencapai umur 55 tahun.

“KWSP sentiasa memberikan keutamaan agar ahli mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara. KWSP berharap dengan pembaharuan ini akan membantu ahli mempunyai jumlah simpanan yang lebih tinggi bagi persaraan yang lebih terjamin,” kata Encik Ibrahim Taib, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP.

Untuk pekerja berumur 55 tahun dan ke atas diwajibkan mencarum tetapi kadarnya adalah separuh daripada kadar caruman berkanun bagi menggalakkan ahli terus diambil bekerja. Bagaimanapun, pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum lebih daripada kadar caruman berkanun yang ditetapkan.
Bagaimanapun, kadar caruman yang lebih rendah ini tidak terpakai kepada pekerja yang telah berumur lebih 55 tahun yang kini masih bekerja dan belum membuat Pengeluaran 55 Tahun. Pekerja ini dan majikannya perlu mencarum pada kadar semasa (23 peratus) sehingga Pengeluaran 55 Tahun dibuat.

Satu lagi pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” adalah pelaksanaan Simpanan Asas iaitu sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika umur 55 tahun (Lihat Lampiran).

Dengan pembaharuan ini, ahli dibenarkan melabur tidak lebih dari 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan ini boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000.
“Objektif pembaharuan ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan simpanan asas dalam akaun mereka secara berterusan sehingga mencapai jumlah minimum RM120,000 pada umur 55 tahun. Ini bagi membolehkan ahli menerima bayaran sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk tempoh 20 tahun sehingga umur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia,” kata Encik Ibrahim.

Menurut beliau, pada masa yang sama pembaharuan ini memberikan peluang kepada ahli untuk melabur pada umur lebih muda yang boleh mengurangkan risiko kerugian modal berikutan tempoh pelaburan yang lebih panjang.
“Jumlah Simpanan Asas untuk setiap peringkat umur akan dikaji semula setiap lima tahun dengan mengambil kira perubahan sosial, ekonomi dan keperluan persaraan ahli,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment